Kami tidak menyimpan bayi untuk diberikan kepada sesiapa, usaha kami hanyalah menyampaikan info ibu hamil yang tidak dapat menjaga sendiri anaknya, dan kita ambil jadikan sebagai anak angkat, pun begitu sebagai manusia, kita bantulah apa yang patut diatas nama Perikemanusiaan, emailkan pada saya aaudb@yahoo.com

Pages

Monday, February 28, 2011

Bantulah Adik Umairah!

http://4.bp.blogspot.com/-AmYg5Tz4TmE/TV62HNQcnsI/AAAAAAAAIVw/r9XjacfFqL4/s400/Capture0_31_24.jpg-771690.jpg


Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi
Umur: 1 tahun
Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah
Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

Bantuan yang diperlukan:
1. Doktor pakar untuk tampil membantu
2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada
3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu
4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu
5. Bantuan kewangan
6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga
7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!

Dia.. Lahir.. ke Dunia

Dia.. lahir ke Dunia ini..
sangat suci dan putih..
kiriman dari Syurga..
dijaga malaikat dalam zikir-zikirnya..

Dia.. lahir ke Dunia..
tak pernah meminta..
takdir yang hina..
menyelimuti hayat selagi bernyawa..

Dia.. lahir ke Dunia..
tak pernah diundang..
tak pernah dinanti..
sebaliknya ketakutan menguasai..

Dia.. lahir ke Dunia..
dengan tarafnya yang dibezakan oleh manusia..
bukan salahnya bukan dosanya..
tapi terbeban dibahunya..

Dia.. lahir ke Dunia..
Kiriman Ilahi.. layak kah kita
memandang hina, sedangkan kita..
bertimpa2 dengan dosa..

Dia lahir ke Dunia..
di buang merata..
sudilah kita, menginjak ruang..
agar dirasa, ada yang sayang..

Nukilan -  mama (anak angkat  untuk dibela)

Friday, February 25, 2011

Terbayar penat lelah

video
Hari ini baby Qaisara saya dah genap 2  bulan, sekejap je rasanya masa berlalu, sebulan yang lepas dia terbaring lemah je, tapi masuk bulan kedua dia dah selalu bergerak dan aktif, pandai senyum-senyum dan nak ajak borak, inilah yang dapat membayar segala penat lelah yang telah dicurahkan.

Wednesday, February 23, 2011

Simpanan untuk anak-anak

Sejak seawal umur berapa anda membuka buku simpanan untuk anak anda? kalau tanya pada saya seawal 1 bulan hingga berumur 3 bulan, saya akan bukakan buku akaun simpanan bank untuk anak-anak saya, ini untuk masa depan mereka ingin bersekolah nanti, tidak semestinya kita kena menyimpan jumlah yang banyak setiap bulan, memadailah apa yang kita mampu, nak-nak mcm saya ni anak ramai, jadi saya saving kan sorang sedikit untuk kegunaan masa depan, kepada Ibu bapa yang masih terlupa untuk berbuat demikian, bermulalah dari sekarang, sangat penting untuk masa depan.http://penamelayang.files.wordpress.com/2009/03/tabung.jpg

Thursday, February 17, 2011

Nak ambik Anak Angkat!!

Salam, hari ni saya nak berkongsi sikitlah perasaan ketika nak ambik anak angkat ni, tak dinafikan ramai  yang berangan dapat 'rezeki terpijak' termasuklah saya sendiri, sapa yang taknak benda free kan. Saya pun memburulah dari satu forum ke satu forum, satu blog ke satu blog dengan harapan adalah jumpa 'rezeki terpijak' tu. Tapi memang hampa ajelah setiap masa, melihat kejayaan orang lain mendapatkan anak angkat, saya sangatlah cemburu walaupun dah ada anak sendiri..Opsss.. terlepas cakap pulak.. hik..hik..

Ramai yang bertanya :-

Q: Macamana nak mohon?
A: Sila emailkan pada aaudb@yahoo.com
FACEBOOK:
NAMA :
UMUR:
NO TEL :
AGAMA:
PEKERJAAN SUAMI/ISTERI:
USIA PERKAHWINAN :
KOS BERSALIN YANG MAMPU DITANGGUNG:
JANTINA BAYI :
MASALAH MENDAPATKAN ANAK :
LOKASI :
RINGKASAN PERMOHONAN :
TARIKH BERSEDIA MENERIMA ANAK ANGKAT:

Q: Agak-agak berapa lama nak tunggu ye?
A: Kita tidak dapat nak pastikan berapa lama anda harus menunggu, cuma.. kalau budget terlalu kecik akan menyukarkan proses pemilihan kerana Kos hospital yang melebihi kos budget kemampuan anda, jadi peluang itu kita berikan kepada orang yang sesuai budgetnya dengan bil Hospital, kos penjagaan dan saguhati untuk ibu baby..

Q: Dah ada anak sendiri kan..  buat apa nak ambik anak angkat lagi?
A: La... apsal?? salah ke? apa masalah anda bila ada yang sudi memberikan perlindungan dan mengorbankan masa kita menjaga anak2 tu tanpa menggangu kamu dan keluarga kamu, jangan dok nak mencemuh sambil memeluk tubuh je, lakukan sesuatu.. (giteww jawapannya)

Q: Eh! ambik anak angkat ni tak takut ke mak bapak dia mintak balik?
A: Kan dah buat pengangkatan dan surat sumpah, apsal pulak nak takut lagi, ikut undang2 lagi  tu, bukan sindiket haram, lagisatu kan.. kita ni kena tahu.. kalau Allah nak ambik, tak kisah anak sapa pon diambik juga, walaupon anak sendiri cuma lain2 cara je. Percayalah pada ketentuannya, Kita cuma jadi Ibu Bapa angkat..Bukan jadi PEMILIK anak tu. Jangan melebih batas.

Q: Nak carik anak orang susah je, anak orang miskin, takmolah anak tak sah taraf ni, family tak setujulah.
A: Wah2..dah la nak anak orang, memilih2 pulak, sapa yang nak kasi anak yang sah kat ekau, banyak lagi waris2 dia leh bela budak tu, tu yang jadi kes tak sampai seminggu dah mintak balik, ekau jugak yang bongkak2 mato menangis, lagisatu nak milih2 anak sah taraf takut keluarga marah, ekau mulio sangat ko? kalau hari ni ekau dan baby tu meninggal, ekau masuk neraka dulu taw.. jangan pikir diri tu mulio sangat jang!!

Wah.. laser gak kan.. Hahaha.. paneh hati den orang yang nak orang lain punya, tapi dok milih2 mcm dia tu Agung sangat, dok nak tengok kasta2 plk.. keh keh. manusia mcm ni ketinggalan zaman dah, org kuno dulu2 je yang sibuk nak jaga kasta dia ni. Kalau permintaan dia begini ngan hakak.. kompomlah.. akak bakulkan je permintaan ko tu.. hihi.. ok seterusnya..


Q: Saya nak anak lelaki je, anak perempuan susah pulak kang masalah aurat dengan suami,  bila dah besar masalah nak kawen nanti.
A: Apa masalahnya anak perempuan ke lelaki, kalau dah kita susukan cukup 5 kali kenyang jadilah anak kita, kalau dah anak kita, anak suami la jugak, dah jadi halal ngan anak2 lelaki kita dan suami, takder masalah.. anak lelaki pon jadi kita susukan maka jadilah anak kita, bila nak kawen nanti pakai wali hakim je lah, jangan nak menipu kat budak tu mengaku sebagai ibu bapa kandung, itu yang mendatangkan masalah bila menipu, jelaskan sikit2 sejak dia kecil lagi, supaya dia tak terkejut. Pakai je wali hakim masa dia nak kawen nanti, ramai gak anak2 yang sah pon guna wali hakim.

Q: Saya nak yang putih-putih, comel-comel nak mata besar, bulat , lonjong , oktagon dan pentagon..
A: Boleh ke mcm tu? Ingat buat kat kilang ke leh main order2.. mengucap sket, terimalah ketentuan Allah. Kalau budak tu pandai memilih belum tentu dia nak kita jadi parent dia tau, muhasabah diri.


Q: Macamana nak larikan diri dari si Ibu kandung ni, takutlah dia nak jumpa-jumpa anak dia, boleh lari kat kutub utara tak?
A: Aduhai.. mengapa begitu, kenapa nak bagi sengsara kepada orang yang bagi kita sinar harapan.. mengapa? Janganlah sampai nak lari sana sini siap tukar no phone bagai semata-mata nak pisahkan ibu kandung dengan anaknya, sebaiknya kita buat perjanjian dengan ibu kandung boleh berjumpa 3 - 4 bulan sekali ke, Insyallah dua2 pihak tidak akan rasa terganggu. Begitulah yang saya buat dalam menangani 5 orang mak kandung kepada anak-anak angkat saya.

Q: Saya dah hantar email 6 bulan lepas, tapi takde respon dari Admin
A: Haaaa.. bab ni samalah mcm admin call2 bagai nak rak tapi tak angkat phone, dan lagisatu kalau tak respon tu maknanya permohonan masih lagi tidak lulus ataupun dalam proses. Ada pulak yang admin call dia siap kena tengking lagi.. huhu..

Q:  Ada Pusat perlindungan bantu percuma je tak payah nak bayar kos Hospital seperti di AAUDB
A: Jika ada.. teruskan tanpa apa-apa halangan kerana kami buat semua ni pon suka rela takde mengharapkan gaji pon.







p/s : bersambung.. saya akan update dari masa kesemasa..

Wednesday, February 16, 2011

ANAK ANGKAT

Anak Angkat

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengangkatan De Facto?
De Facto bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua (2) tahun.

2. Bolehkah kanak-kanak yang tiada Sijil Kelahiran dianakangkatkan?
Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.

3. Berapakah had umur kanak-kanak untuk Permohonan Pengangkatan De Facto?
Had umur kanak-kanak yang boleh dianakangkatkan adalah di bawah umur 18 tahun.

4. Berapakah syarat umur ibu atau bapa angkat bagi Permohonan Pengangkatan De Facto?
Syarat umur ibu atau bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibubapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibubapa angkat ialah 21 tahun.

5. Di manakah Permohonan Pengangkatan boleh dibuat?
Permohonan Pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.

6. Perlukah Permohonan Pengangkatan dibuat di tempat/negeri kelahiran kanak-kanak?
Tidak perlu
 

7. Perlukah kanak-kanak hadir semasa perbicaraan (Prosiding) dibuat untuk proses pengangkatan?
Kanak-kanak WAJIB hadir bersama-sama  ibu bapa angkat untuk proses pengangkatan.
 

8. Perlukah ibu bapa kandung hadir bersama semasa pengangkatan dibuat?
Kehadiran ibu bapa kandung tidak diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.
 

9. Bagaimanakah ibu bapa angkat boleh membuktikan bahawa mereka telah menjaga kanak-kanak tersebut selama 2 tahun seperti yang ditetapkan oleh Akta?
Pembuktian boleh dibuat melalui Surat Keizinan ibu bapa kandung iaitu Akuan Berkanun yang dibuat oleh ibu bapa kandung semasa proses penyerahan kanak-kanak tersebut  kepada ibu bapa angkat. Tempoh 2 tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh Akuan Berkanun dibuat.
 

10. Bolehkah tempoh penjagaan oleh ibu bapa angkat dikurangkan atas budi bicara Pendaftar Pengangkatan?
Tidak, kerana tempoh penjagaan selama 2 tahun itu telah ditetapkan oleh Akta 253.
 

11. Bolehkah perjanjian secara tidak formal antara ibu bapa kandung dengan ibu bapa angkat dibuat?
Tidak. Surat Akuan Berkanun  antara kedua-dua pihak adalah keperluan undang-undang.

12. Bolehkah saudara (relative) kanak-kanak memohon untuk pengangkatan kanak-kanak tersebut?
Boleh. Syaratnya salah seorang pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 25 tahun dan mereka adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, samada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin kanak-kanak tersebut .   
13. Bolehkah ibu bapa kandung membuat Permohonan Pengangkatan bagi  anak kandung mereka?
Tiada halangan dari segi Akta.
 

14. Bolehkah ibu tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Tiada sekatan dalam Akta 253 mengenai perkara ini.
 

15. Bolehkah bapa tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?
Walaupun dalam Akta 253 tidak menyekat mana-mana individu untuk  memohon pengangkatan, permohonan adalah TIDAK DIGALAKKAN dari bapa tunggal sekiranya kanak-kanak tersebut adalah perempuan. Untuk kes-kes seperti ini, rujukan akan dibuat kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

16. Bolehkah kanak-kanak Islam dianakangkatkan oleh ibu bapa bukan Islam?
Walaupun dalam Akta 253 tidak menyebut tentang perkara ini Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952 menyatakan bahawa kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.
 

17. Bolehkah kanak-kanak bukan beragama Islam dianakangkatkan oleh bapa angkat yang beragama Islam?
Kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang beragama Islam.
 

18. Bolehkah pemohon beragama Islam memohon pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257)?
Pengangkatan melalui Perintah Mahkamah (Akta 257) hanya untuk pemohon-pemohon yang bukan beragama Islam. Manakala pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) adalah terbuka kepada semua yang layak.
 

19. Bilakah Permohonan Pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Permohonan pengangkatan hanya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan dari ibu bapa / ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut keperluan.
 

20. Adakah kes di mana selepas permohonan pengangkatan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak ditarik dan diletakkan di bawah jagaan JKM?
Tiada.
 

21. Bolehkah kanak-kanak yang lahir di luar negeri dianakangkatkan oleh pasangan suami isteri di Malaysia?
Boleh, dengan syarat kanak-kanak menyempurnakan tempoh pemastautin biasa seperti diwajibkan oleh Akta dan mempunyai surat perjalanan yang sah sebelum layak untuk Permohonan Pengangkatan.
 

22. Bolehkah pasangan suami isteri yang tinggal di luar negera membuat Permohonan Pengangkatan untuk kanak-kanak tempatan?
Di bawah Akta 253, kedua-dua ibu bapa angkat dan kanak-kanak hendaklah tinggal bersama di negara ini selama 2 tahun berterusan sebelum layak untuk membuat Permohonan Pengangkatan.
 

23. Bolehkah dengan proses pengangkatan, warganegara kanak-kanak ditentukan?

Tidak
 

24. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dikeluarkan dengan Sijil Kelahiran dan bukan Sijil Anak Angkat?

Pengangkatan yang dibuat di bawah Aka 253 hanya boleh dikeluarkan dengan Sijil Pengangkatan dan bukan Sijil Kelahiran.
 

25. Bolehkah Sijil Pengangkatan digunakan untuk urusan rasmi?

Sijil Pengangkatan mempunyai  taraf kesahihannya sama seperti  Sijil Kelahiran dan boleh digunakan untuk Pendaftaran Sekolah, Permohonan Kad Pengenalan, Permohonan Pasport dan lain-lain urusan rasmi.
 

26. Berapa bayaran dikenakan untuk Permohonan Pengangkatan?
RM 30.00 dikutip sebagai bayaran pendaftaran setelah permohonan diluluskan.
 

27. Bolehkah kanak-kanak yang telah dianakangkatkan dipulangkan kembali kepada ibu bapa kandung atau diberikan kepada pasangan suami isteri  yang lain?

Pemulangan dan pengangkatan semula De Facto tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan Perintah Mahkamah mengikut Sek. 13(2) Akta 253.
 

28. Bolehkah ibu bapa kandung mengambil kembali kanak-kanak selepas pengangkatan De Facto diluluskan?
Tidak. Dari segi undang-undang sivil, pengangkatan tersebut adalah muktamad.
 

29. Bolehkah seorang kanak-kanak yang telah dianakangkatkan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan (Akta 253) iaitu secara De Facto dianakangkatkan semula di bawah Akta Pengangkatan (Akta 257) iaitu melalui Perintah Mahkamah?
Boleh. Tetapi bagi kanak-kanak yang dianakangkatkan melalui Perintah Mahkamah TIDAK BOLEH dianakangkatkan semula melalui proses Pengangkatan De Facto.

30. Adakah wajib untuk  membuat pendaftaran anak angkat?

Mengambil anak angkat tanpa didaftarkan adalah tidak melanggar mana-mana undang-undang negara tetapi jika didaftarkan ianya dapat memberi perlindungan kepada anak angkat dan ibu bapa angkat kerana ia diiktiraf dari segi undang-undang.

Sumber : JPN MALAYSIA

Monday, February 14, 2011

Info Berguna Tentang Anak Angkat

Oleh: Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrâhîm Alusy Syaikh rahimahullâhu
Tanya:
Bolehkah menjadikan anak orang lain sebagai anak angkat dalam keluarga kita di mana kita menganggapnya seperti anak sendiri? Lalu bagaimana hijab dengannya bila si anak sudah baligh?
Jawab:
Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullahu menjawab permasalahan yang seperti ini dengan pernyataan beliau, “Dahulu di jaman jahiliah, orang-orang yang mengangkat anak memperlakukan anak angkat mereka seperti anak mereka yang hakiki atau seperti anak kandung dari segala sisi; dalam hal warisan, dalam hal bolehnya anak angkat tersebut berkhalwat (bersepi-sepi) dengan istri mereka, dan dianggapnya istri mereka sebagai mahram bagi anak angkat tersebut.
Adalah Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu, maula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di masa sebelum beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam diangkat sebagai nabi, dipanggil dengan Zaid bin Muhammad (karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkatnya sebagai anak). Maka Allah ‘Azza wa Jalla berkehendak untuk menghapuskan semua anggapan orang-orang jahiliah tersebut berkaitan dengan anak angkat. Datanglah syariat Islam dalam masalah anak angkat ini berikut hukum-hukumnya yang tegas sebagaimana tersebut berikut ini:
1. Menghapus dan melarang adanya anak angkat yang dianggap sebagai anak yang hakiki dalam segala sisi, berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:
وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ۚذَ‌ٰلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ ۖ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
“Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan anak-anak angkat kalian sebagai anak kandung kalian sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataan kalian di mulut kalian saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan yang benar. Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dan jika kalian tidak mengetahui bapak-bapak mereka maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kalian seagama dan maula-maula kalian….” (Al-Ahzab: 4-5)
Dalam ayat-ayat di atas, Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan bahwa ucapan seseorang kepada anak orang lain dengan “anakku” tidaklah berarti anak tersebut menjadi anaknya yang sebenarnya yang dengannya ditetapkan hukum-hukum bunuwwah (anak dengan orangtua kandungnya). Bahkan tidaklah mungkin anak tersebut bisa menjadi anak kandung bagi selain ayahnya. Karena, seorang anak yang tercipta dari sulbi seorang lelaki tidaklah mungkin ia dianggap tercipta dari sulbi lelaki yang lain, sebagaimana tidak mungkinnya seseorang memiliki dua hati/jantung1. Dan Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan kita agar mengembalikan penasaban anak-anak angkat tersebut kepada ayah kandung mereka, bila memang diketahui siapa ayah kandung mereka. Bila tidak diketahui maka mereka adalah saudara-saudara kita seagama dan maula kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala beritakan bahwa yang demikian ini lebih adil di sisi-Nya.
2. Memutuskan hubungan waris antara anak angkat dengan ayah angkatnya. Hal ini terkandung dalam ayat-ayat yang telah dibawakan di atas2. Juga disebutkan bahwa dalam perkara anak angkat, Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat:
وَالَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَانُكُمْ فَآتُوهُمْ نَصِيبَهُمْ
“Dan jika ada orang-orang yang kalian telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bagiannya3.” (An-Nisa’: 33)
Ibnu Jarir rahimahullahu mengeluarkan riwayat dari Sa’id ibnul Musayyab rahimahullahu yang menyatakan, “Ayat ini hanyalah turun terhadap orang-orang yang dulunya menganggap anak pada selain anak kandung mereka dan mereka memberikan warisan terhadap anak-anak angkat tersebut. Maka Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat dalam perkara mereka. Untuk anak-anak angkat, Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan bagian dari harta (orangtua/ayah angkat mereka) dalam bentuk wasiat4, sementara warisan dikembalikan kepada yang berhak dari kalangan dzawil arham5 dan ‘ashabah6. Allah ‘Azza wa Jalla meniadakan adanya hak waris dari orangtua angkat untuk anak angkat mereka, namun Allah ‘Azza wa Jalla tetapkan adanya bagian harta untuk anak angkat tersebut dalam bentuk wasiat.”7
3. Dihalalkannya mantan istri anak angkat (setelah perceraian keduanya) untuk dinikahi oleh ayah angkatnya. Hal ini tampak dengan Allah ‘Azza wa Jalla menikahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan Zainab bintu Jahsy radhiyallahu ‘anha setelah diceraikan oleh Zaid bin Haritsah radhiyallahu ‘anhu yang dulunya merupakan anak angkat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebelum turunnya ayat-ayat yang melarang hal tersebut. Allah ‘Azza wa Jalla menerangkan hikmah dari kejadian tersebut dengan firman-Nya:
زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ ۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا
“Kami nikahkan dia denganmu agar tidak ada keberatan bagi kaum mukminin untuk menikahi istri-istri anak angkat mereka apabila anak angkat tersebut telah menyelesaikan urusan dengan istri-istri mereka (telah bercerai).” (Al-Ahzab: 37)
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat yang menyebutkan tentang wanita-wanita yang haram dinikahi:
وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ
“…dan istri-istri dari anak-anak kandung kalian….” (An-Nisa’: 23)
Berarti dikecualikan dalam hukum pengharaman tersebut para istri anak-anak angkat (boleh dinikahi oleh ayah angkat suaminya bila mereka telah bercerai).
4. Keharusan istri ayah angkat untuk berhijab dari anak angkatnya, sebagaimana ditunjukkan dalam kisah Sahlah bintu Suhail istri Abu Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu, tatkala Sahlah datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menyatakan, “Wahai Rasulullah, kami dulunya menganggap Salim seperti anak kami sendiri. Sementara Allah telah menurunkan ayat tentang pengharaman anak angkat bila diperlakukan seperti anak kandung dalam segala sisi. Padahal Salim ini sudah biasa masuk menemuiku (tanpa hijab)….”
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun menetapkan kepada Sahlah ketidakbolehan ikhtilath dengan anak angkat setelah turunnya ayat Al-Qur’an tersebut. Jalan keluarnya, beliau menyuruh Sahlah agar memberikan air susunya kepada Salim, dengan lima susuan yang dengannya ia menjadi mahram bagi Salim (yakni sebagai ibu susu, pent.)
5. Ancaman yang ditekankan dan peringatan yang keras bagi orang yang menasabkan dirinya kepada selain ayah kandungnya. Dalam hal ini ada ayat Al-Qur’an yang di-mansukh (dihapus) bacaannya namun hukumnya tetap berlaku, yaitu:
وَلَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ
“Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”
Al-Imam Ahmad rahimahullahu meriwayatkan dari Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
كُنَّا نَقْرَأُ: وَلاَ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَإِنَّهُ كُفْرٌ بِكُمْ أَنْ تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ
Kami dulunya membaca ayat: “Dan janganlah kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian karena sungguh itu adalah kekufuran bila kalian benci (untuk bernasab) dengan bapak-bapak kalian.”
Dalam hadits yang shahih dinyatakan:
مَنِ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيْهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيْهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ
“Siapa yang mengaku-aku bernasab kepada selain ayahnya dalam keadaan ia tahu orang itu bukanlah ayah kandungnya maka surga haram baginya.”8
Tersisa sekarang dua perkara dalam masalah menyebut anak pada selain anak kandung dan penasaban kepada selain ayah kandung. Kita akan sebutkan berikut ini:
Pertama: Apabila seseorang memanggil seorang anak dengan panggilan/sebutan ‘anakku’ (padahal bukan anaknya yang sebenarnya) untuk memuliakan dan menyatakan kecintaannya kepada si anak, hal ini tidaklah termasuk dalam larangan berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata:
قَدَّمَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُغَيْلِمَةَ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ عَلَى حُمُرَاتٍ لَنَا مِنْ جَمْعٍ، فَجَعَلَ يَلْطَخُ أَفْخَاذَنَا وَيَقُوْلُ: أُبَيْنـِيَّ –تَصْغِيرُ ابْنِي– لاَ تَرْمُوا الْجُمْرَةَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
(Pada malam Muzdalifah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengedepankan kami anak-anak kecil dari Bani Abdil Muththalib (lebih awal meninggalkan tempat tersebut/tidak mabit, pent.) di atas keledai-keledai kami. Mulailah beliau memukul dengan perlahan paha-paha kami seraya berkata, “Wahai anak-anakku, janganlah kalian melempar jumrah sampai matahari terbit.”9
Ini dalil yang jelas sekali, karena Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma ketika hajjatul wada’ (haji wada’) berusia sepuluh tahun.
Kedua: Orang yang sudah terlalu masyhur dengan sebutan yang mengandung penasaban kepada selain ayahnya, seperti Al-Miqdad ibnu ‘Amr radhiyallahu ‘anhu yang lebih masyhur dengan Al-Miqdad ibnul Aswad, di mana hampir-hampir ia tidak dikenal kecuali dengan penasaban kepada Al-Aswad ibnu Abdi Yaghuts yang di masa jahiliah mengangkatnya sebagai anak, maka ketika turun ayat yang melarang penasaban kepada selain ayah kandung, disebutlah Al-Miqdad dengan ibnu ‘Amr. Namun penyebutannya dengan Al-Miqdad ibnul Aswad terus berlanjut, semata-mata sebagai penyebutan bukan dengan maksud penasaban. Yang seperti ini tidak apa-apa sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Al-Qurthubi, dengan alasan yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullahu bahwa tidak pernah didengar dari orang terdahulu yang menganggap orang yang dipakaikan baginya sebutan tersebut telah berbuat maksiat.10”
Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.
(Fatawa wa Rasa’il Samahatusy Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh, 9/21-25, sebagaimana dinukil dalam Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, hal. 889-891)
Catatan kaki:
1 Awal ayat di atas berbunyi:
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua hati/jantung dalam rongganya….” (Al-Ahzab: 4)
2 Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dalam ayat ke 6 surah Al-Ahzab:
وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ
“Dan orang-orang yang memiliki hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin (yang lain yang tidak punya hubungan darah) dan orang-orang Muhajirin….”
3 Awal ayat ini adalah:
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَالِيَ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ
“Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya….”
4 Wasiat di sini tidak lebih dari 1/3 harta si mayit.
5 Dzawil arham adalah semua kerabat mayit yang tidak mendapat bagian fardh dan ta’shib dari harta warisan.
Ahli waris terbagi dua:
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan fardh yaitu ia mendapat bagian yang tertentu kadarnya, seperti setengah atau seperempat.
- Ada yang mendapat bagian warisan dengan ta’shib yaitu kadarnya dari warisan tidak ada penentuannya.
6 ‘Ashabah adalah kerabat mayit yang mendapat bagian dari harta warisan tanpa ada batasan tertentu, bahkan bila dia cuma sendirian, dia berhak mendapat semua harta si mayit.
7 Jami’ul Bayan fi Ta’wilil Qur’an, 4/57.
8 HR. Al-Bukhari no. 4326 dan Muslim no. 217.
9 Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu
10 Tafsir Al-Qurthubi, 14/80.
(Sumber: Majalah Asy Syariah vol. iv/no. 46/1429H/2008M, hal. 86-89)

Selamat Hari Maulidurasul kepada semua umat Islam.

Tarikh Maulidurasul ni mengingatkan saya kepada perjuangan saya melahirkan anak kedua saya pada tahun 2008 Maulidurasul datang selepas sehari dua saya melahirkan anak kedua saya, anak lelaki yang comel dan lasak sekarang ni nak masuk 3 tahun dah umurnya. Memang saya mengidamkan nak anak lahir pada 12 rabiulawal , tetapi dengan kehendak Allah nak anak saya lahir lebih awal dua hari dari tarikh  itu, apabila Maulidurasul tiba, teringat semula detik-detik untuk melahirkan anak saya, tetapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Rasul tercinta, semoga anak saya memiliki sifat-sifat mulia yang ada pada Rasul Allah ini, Selamat Hari Maulidurasul.

Menyusukan anak angkat




Medela's Supplemental Nursing System (SNS) is a feeding tube device for giving premature, failure to thrive, impaired or adopted babies long-term supplemental feedings at the breast. Because it keeps the baby on the breast, the SNS avoids problems with sustaining the milk supply, and problems with nipple confusion for the baby.

The SNS was originally designed to help adoptive mothers to breastfeed. When a baby sucks on the mother's breast for a period of days or weeks, a hormonal mechanism is triggered that causes milk to be produced. This is known as induced lactation.

The SNS works by a bottle hung around the mother's neck. Two tubes are taped to her breasts so that the ends reach her nipples. The tubes are very small and soft and unnoticed by the baby. When the baby takes the nipple and areola into his or her mouth, he/she also takes the tube. Breastfeeding proceeds normally, maintaining the stimulation to maintain lactation and the intimacy between mother and baby, as well as providing baby with important supplement from the SNS.

Box contains:

* SNS container;
* yellow cap and cover;
* three sizes of tubing; neck cord; valve holder; attachment ring; tape;
* Instructions.



Email Friend

Price: RM189.00

Info : http://www.sarakids.com/

Elakkan pembuangan bayi!

http://ismanewzealand.com/v1/wp-content/uploads/2010/04/buang-bayi-1.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_5pCM4G2bS_8/TCxYdV9rP3I/AAAAAAAAAHo/wypJ3KUyk_Y/s400/buang_bayi.jpg




http://1.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/R_7j303pndI/AAAAAAAACSQ/YKSQgIZe87I/s400/bayi10.jpg



http://abdfatah.com/blog/wp-content/uploads/2009/02/buang-bayi.jpg

sedihkan melihat gambar-gambar begini, macam manusia ni dah takder pemikiran yang waras lagi, tapi tak tau lah saya nak cakap, tak tau nak salahkan siapa, sekarang ni dah taknak tunding menunding, kita semua kena bangun dan bantu membanteras gejala-gejala sebergini dengan memberikan sedikit ruang dirumah kita supaya mereka boleh menumpang kasih sayang dan berteduh.

Sunday, February 13, 2011

Salam perkenalan dari AAUDB

Salam perkenalan dari saya, selaku admin di AAUDB iaitu Anak Angkat Untuk Dibela sangat mengalu-alukan anda yang telah mengambil anak angkat, atau sedang mencari anak angkat, atau sebagai pemerhati sahaja, sangat dialu-alukan bersama saya dan kawan-kawan lain disini. Sedikit tentang saya, ibu kepada 2 orang anak lelaki dan mempunyai 3 orang anak angkat, iaitu 1elaki 11 bulan, 2 perempuan berusia 4 tahun dan 2 bulan. Sebab saya mengambil anak angkat, kerana ingin jadi sebahagian dari manusia yang sanggup membantu dan membanteras gejala buang bayi, juga ingin memberikan peluang kehidupan yang lebih lengkap biarlah anak2 itu beribu, berbapa dan memiliki adik beradik seperti orang lain. Buat masa ni, inilah yang saya mampu lakukan demi Negara dan bangsa saya yang tercinta, di samping membantu mendapatkan info bagi ibu bapa yang turut mencari anak angkat.

Tetapi tanpa kawan-kawan disini, saya tidak mungkin dapat membantu seorang diri, dalam Group Sembang AAUDB saya mempunyai ramai rakan-rakan  yang mempunyai tujuan yang sama untuk membantu ibu bapa mendapatkan anak angkat, diantara admin-admin yang ada ialah

Alin & Farah

Terima kasih kerana sentiasa meluangkan masa membantu mereka bersama-sama saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...