Kami tidak menyimpan bayi untuk diberikan kepada sesiapa, usaha kami hanyalah menyampaikan info ibu hamil yang tidak dapat menjaga sendiri anaknya, dan kita ambil jadikan sebagai anak angkat, pun begitu sebagai manusia, kita bantulah apa yang patut diatas nama Perikemanusiaan, emailkan pada saya aaudb@yahoo.com

Pages

Thursday, February 17, 2011

Nak ambik Anak Angkat!!

Salam, hari ni saya nak berkongsi sikitlah perasaan ketika nak ambik anak angkat ni, tak dinafikan ramai  yang berangan dapat 'rezeki terpijak' termasuklah saya sendiri, sapa yang taknak benda free kan. Saya pun memburulah dari satu forum ke satu forum, satu blog ke satu blog dengan harapan adalah jumpa 'rezeki terpijak' tu. Tapi memang hampa ajelah setiap masa, melihat kejayaan orang lain mendapatkan anak angkat, saya sangatlah cemburu walaupun dah ada anak sendiri..Opsss.. terlepas cakap pulak.. hik..hik..

Ramai yang bertanya :-

Q: Macamana nak mohon?
A: Sila emailkan pada aaudb@yahoo.com
FACEBOOK:
NAMA :
UMUR:
NO TEL :
AGAMA:
PEKERJAAN SUAMI/ISTERI:
USIA PERKAHWINAN :
KOS BERSALIN YANG MAMPU DITANGGUNG:
JANTINA BAYI :
MASALAH MENDAPATKAN ANAK :
LOKASI :
RINGKASAN PERMOHONAN :
TARIKH BERSEDIA MENERIMA ANAK ANGKAT:

Q: Agak-agak berapa lama nak tunggu ye?
A: Kita tidak dapat nak pastikan berapa lama anda harus menunggu, cuma.. kalau budget terlalu kecik akan menyukarkan proses pemilihan kerana Kos hospital yang melebihi kos budget kemampuan anda, jadi peluang itu kita berikan kepada orang yang sesuai budgetnya dengan bil Hospital, kos penjagaan dan saguhati untuk ibu baby..

Q: Dah ada anak sendiri kan..  buat apa nak ambik anak angkat lagi?
A: La... apsal?? salah ke? apa masalah anda bila ada yang sudi memberikan perlindungan dan mengorbankan masa kita menjaga anak2 tu tanpa menggangu kamu dan keluarga kamu, jangan dok nak mencemuh sambil memeluk tubuh je, lakukan sesuatu.. (giteww jawapannya)

Q: Eh! ambik anak angkat ni tak takut ke mak bapak dia mintak balik?
A: Kan dah buat pengangkatan dan surat sumpah, apsal pulak nak takut lagi, ikut undang2 lagi  tu, bukan sindiket haram, lagisatu kan.. kita ni kena tahu.. kalau Allah nak ambik, tak kisah anak sapa pon diambik juga, walaupon anak sendiri cuma lain2 cara je. Percayalah pada ketentuannya, Kita cuma jadi Ibu Bapa angkat..Bukan jadi PEMILIK anak tu. Jangan melebih batas.

Q: Nak carik anak orang susah je, anak orang miskin, takmolah anak tak sah taraf ni, family tak setujulah.
A: Wah2..dah la nak anak orang, memilih2 pulak, sapa yang nak kasi anak yang sah kat ekau, banyak lagi waris2 dia leh bela budak tu, tu yang jadi kes tak sampai seminggu dah mintak balik, ekau jugak yang bongkak2 mato menangis, lagisatu nak milih2 anak sah taraf takut keluarga marah, ekau mulio sangat ko? kalau hari ni ekau dan baby tu meninggal, ekau masuk neraka dulu taw.. jangan pikir diri tu mulio sangat jang!!

Wah.. laser gak kan.. Hahaha.. paneh hati den orang yang nak orang lain punya, tapi dok milih2 mcm dia tu Agung sangat, dok nak tengok kasta2 plk.. keh keh. manusia mcm ni ketinggalan zaman dah, org kuno dulu2 je yang sibuk nak jaga kasta dia ni. Kalau permintaan dia begini ngan hakak.. kompomlah.. akak bakulkan je permintaan ko tu.. hihi.. ok seterusnya..


Q: Saya nak anak lelaki je, anak perempuan susah pulak kang masalah aurat dengan suami,  bila dah besar masalah nak kawen nanti.
A: Apa masalahnya anak perempuan ke lelaki, kalau dah kita susukan cukup 5 kali kenyang jadilah anak kita, kalau dah anak kita, anak suami la jugak, dah jadi halal ngan anak2 lelaki kita dan suami, takder masalah.. anak lelaki pon jadi kita susukan maka jadilah anak kita, bila nak kawen nanti pakai wali hakim je lah, jangan nak menipu kat budak tu mengaku sebagai ibu bapa kandung, itu yang mendatangkan masalah bila menipu, jelaskan sikit2 sejak dia kecil lagi, supaya dia tak terkejut. Pakai je wali hakim masa dia nak kawen nanti, ramai gak anak2 yang sah pon guna wali hakim.

Q: Saya nak yang putih-putih, comel-comel nak mata besar, bulat , lonjong , oktagon dan pentagon..
A: Boleh ke mcm tu? Ingat buat kat kilang ke leh main order2.. mengucap sket, terimalah ketentuan Allah. Kalau budak tu pandai memilih belum tentu dia nak kita jadi parent dia tau, muhasabah diri.


Q: Macamana nak larikan diri dari si Ibu kandung ni, takutlah dia nak jumpa-jumpa anak dia, boleh lari kat kutub utara tak?
A: Aduhai.. mengapa begitu, kenapa nak bagi sengsara kepada orang yang bagi kita sinar harapan.. mengapa? Janganlah sampai nak lari sana sini siap tukar no phone bagai semata-mata nak pisahkan ibu kandung dengan anaknya, sebaiknya kita buat perjanjian dengan ibu kandung boleh berjumpa 3 - 4 bulan sekali ke, Insyallah dua2 pihak tidak akan rasa terganggu. Begitulah yang saya buat dalam menangani 5 orang mak kandung kepada anak-anak angkat saya.

Q: Saya dah hantar email 6 bulan lepas, tapi takde respon dari Admin
A: Haaaa.. bab ni samalah mcm admin call2 bagai nak rak tapi tak angkat phone, dan lagisatu kalau tak respon tu maknanya permohonan masih lagi tidak lulus ataupun dalam proses. Ada pulak yang admin call dia siap kena tengking lagi.. huhu..

Q:  Ada Pusat perlindungan bantu percuma je tak payah nak bayar kos Hospital seperti di AAUDB
A: Jika ada.. teruskan tanpa apa-apa halangan kerana kami buat semua ni pon suka rela takde mengharapkan gaji pon.







p/s : bersambung.. saya akan update dari masa kesemasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...