Kami tidak menyimpan bayi untuk diberikan kepada sesiapa, usaha kami hanyalah menyampaikan info ibu hamil yang tidak dapat menjaga sendiri anaknya, dan kita ambil jadikan sebagai anak angkat, pun begitu sebagai manusia, kita bantulah apa yang patut diatas nama Perikemanusiaan, emailkan pada saya aaudb@yahoo.com

Pages

Wednesday, December 10, 2014

Dah Setahun Menyepi

Assalamualaikum,

Kesibukan seharian membuatkan saya memilih untuk mengurangkan aktiviti diblog dan page kesayangan saya ini, kerana hidup saya yang mencabar perlu dilalui dengan membesarkan anak-anak yang terus membesar. Ada yang tak sihat dan ada yang sudah pun bijak pandai.

Alhamdulillah, bila melihat blog yang tak aktif ini masih lagi dikunjungi saya merasakan ada sahabat merinduikan saya dan anak-anak, merindukan celoteh dan kerenah kami, InsyaAllah saya cuba luangkan masa jika berkesempatan.

Wednesday, November 20, 2013

Senyuman yang dinanti

Akhirnya dia senyum juga, tapi nampak bibirnya agak ketat, sejak dari pembedahan Cleft 13 hari lepas, dia sudah tidak senyum lagi, mama risau betul kenapa Qurnea taknak senyunm, sedangkan dialah orang yang paling rajin senyum dirumah ini.

Tapi hari ini mama dah lega sebab nampak dia senyum, walaupun tidak lebar seperti biasa. Macam comel je.. Macam cantik je..

HASIF AMMAR hanya mengesot diusia 4 tahun



Assalamualaikum,

Saya kenal Ammar sejak setahun lalu.. dia menarik perhatian saya, ibunya yang mudah memberikan kerjasama membuatkan hati ingin tahu apa isi kehidupan mereka.

Hasif Ammar atau Ammar seperi yang saya gelarkan lahir dalam keadaan lemas dan mengalami beberapa masalah saraf semenjak kecil. Kesannya anggota badannya tidak membesar dengan sempurna dia kakinya juga agak bengkok. Kini berusia 4 tahun baru belajar meniarap dengan duduk, dia perlukan bantuan susu "perdisure" untuk memberikannya tenaga dan menambah berat badan, tetapi ibunya tidak mampu untuk membelikan keperluan ini setiap bulan.

Ada bantuan datang tetapi tidak mencukupi keperluan siibu yang kesempitan hidupnya didalam rumah yang sederhana, kosong tiada perabut mewah. Saya dah lihatnya sendiri. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan oleh Allah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Ammar, mana tahu ada diantara anda yang menlonjak hati ingin membantu Ammar yang sungguh comel dan peramah ini, bolehlah menghubungi no telefon ibunya ataupun hulurkanlah sumbangan pada akaun yang tertera paling tiada pun doa.

Apa yang kita lakukan hari ini adalah untuk bekalan kita disana, janganlah kita lupa ada insan yang memerlukan bantuan kita seikhlas yang mungkin kerana kita juga akan memerluka bantuan orang lain 1 hari nanti, hidup ini ibarat roda yang berputar.. Terima kasih.

NAMA :


HASIF AMMAR
UMUR : 4 TAHUN

NO AKAUN MAYBANK
154035351774
ZAIDAH IBRAHIM

NO PHONE : 0123529153

Thursday, October 24, 2013

Luahan 22 Oktober

 Assalamualaikum, 

Lama dah tidak  menulis Blog ni.. sangat sibuk dengan urusan seharian..
Coretan peribadi buat tatapan peribadi, jika anda ingin membacanya, maafkan dulu kekhilafan saya, hanya manusia biasa yang tidak terlepas membuat kesilapan.. apapun kata anda, inilah realiti kehidupan seharian saya..
 
Dulu.. masa anak 2 orang, teramat stress melayan 2 orang anak kandung lelaki keduanya, hilang sabar rasanya, sehingga saya nekad nak ambil anak angkat untuk membuktikan yang kanak-kanak lain tidak lasak mcm anak saya..

Ye.. terbukti memang benar, anak angkat nampaknya lebih baik dan lebih mendengar kata, serba serbinya ok, baik rumah atau disekolah, alhamdulillah. Mereka pandai menjaga diri.

Bermula beberapa tahun dahulu, sejak saya tidak dapat menerima kenyataan, apabila seorang guru tadika anak sulong saya, ketika itu dia berusia 3 tahun, tergamak guru itu memulangkan duit saya iaitu duit yuran dan buku sekolah anak saya, dan guru itu menyatakan anak saya tidak sesuai berada disekolahnya kerana menggangu murid lain belajar, kemudian dia berkata kepada saya bahawa anak saya ketegori OKU boleh rujuk kepada sekolah khas.

-Saya tergamam- cuma didalam hati

Pada wajah masih terukir senyuman yang manis.. tetapi hati saya hancur berderai bagaikan tiada harapan yang saya dapat pertaruhkan kepada anak sulong saya. Saya ambil wang saya, kemudian carikannya sekolah lain.

Pergilah kemana pun, jumpalah siapa pun..
Tiada siapa yang tahan dan tiada siapa yang boleh duduk lama dengan dia, kerana perangainya yang cepat merimaskan orang..
Hati saya renyuk.. melimpah simpati dengan anak sulong saya..
Cinta pertama saya.. namun apalah ertinya derita ini, amat kecil jika dibandingkan dengan penderitaan orang lain..
Saya bersyukur.. Ya.. teruskan hari esok seperti bila
Tidak sedar kini dia sudah pun 7 tahun..

Dalam waktu persekolahan, tidak putus-putus aduan dari guru
Kalau dulu ada pengasuh pun begitu juga, tak pernah putus aduan
Itu dan ini, telinga sudah kebas mendengarnya
Sudah hafal dan dapat agak apakah yang ingin mereka adukan..
Ya.. dengarlah saja.. perkara yang sama..

Bukan tak pernah ditegur, bukan tak pernah dijentik..
Puas sudah sampai tiada ikhtiar..
Jumpa Imam sudah, Pak Lebai sudah dan jampi pun sudah..
Begitu juga dia, tidak berubah pun..
Lasak dan tetap lasak.. 

Bukan dia tidak pandai baca..
Bukan dia tidak kenal ABC, Alif Ba Tha..
Semua dia tau.. malahan mulut tidak pernah berhenti bertanya itu dan ini.. sampai naik hilang sabar..
Kemudian Tab atau Komputer kita habis dia kendalikan..
Tukar bahasa cina dan warna-warni..
Bila dimarah, boleh pula dia ubah semula kepada asal..
Sedangkan orang dewasa pun ambil masa lama.. 
Bagi pada dia cuma seketika..

Letaklah apa depan muka, semua dia nak baca..
Itulah dia anakku.. tetapi sayang tidak pernah fokus..
Tidak pandai ikut arahan guru, sampai setiap hari guru sekolah melayan kasar padanya.. sesiapa pun hilang sabar..
Tapi saya ibunya.. retak juga hati ini..
Tidak mengapa.. hadapi saja..

Hari ini 2 pakar kanak-kanak telah ditemui..
keduannya berpendapat serupa.. 
Anakku perlukan bimbingan..
Untuk menjadikannya seorang yang biasa..
2 pucuk surat dari doktor pakar..
Utk merawat Hyperaktifnya.. 
Dan Mama akan menukarkan sekolahmu buat sekian kalinya..
Itulah rutin sejak beberapa tahun dahulu..

Andai itu takdirnya..
Saya terima dengan hati yang tabah..
Bukan begini cara meruntuhkan hati dan perasaanku..
Bertambah kuat jadinya, makin gagah perkasa untuk anak tercinta..
Syukur kepada Allah kerana mengirimkan diri ini..
Anak-anak tempat melimpahkan kasih sayang..
Terima mereka seadanya..


p/s : Luahan ini bukan tanda aku tidak bersyukur, bukan tanda aku menyesal, tidak.. tidak.. serius, aku jadi kuat dah gagah, aku jadi semakin agresif untuk menghadapi hari esok bersama anak-anak. Allah kurniakan kita banyak jalan, tembuslah dari mana-mana pintu asalkan tidak menjerumuskan diri kepada yang dilarang.  


Sunday, August 25, 2013

Cuma Menangis

Aku menangis.. menangis menangis..
Melihat anak-anak Syria dan Mesir bergelimpangan..
Tercungap-cungap menunggu ajal..
Bermandi darah beruli serpihan debu bangunan..
Cuma menangis.. tak jadi apa..
Mereka meraung.. merayu..
Disiksa juga..
Apalah ada dengan airmataku..
Ada ikhtiar lagi.. kedua tapak tanganku..
Tadah.. minta pada Allah..
Seolah tiada kesan doaku..
Mungkin tak sungguh-sungguh..
Mungkin belum sampai waktu hajat ditunaikan..

Lalu.. nak buat apa lagi..
Mungkin Tuhan mahu lihat kita berusaha..
Mungkin Tuhan mahu lihat kita sekata..
Memang huru-hara.. Angkara Alpa.. Nikmat sitarik tidak terasa..
Disentap ganas barulah tersedar..
Lewat.. lewat terjaga..
Bukan sendiri saja binasa, anak jua menjadi mangsa..

Aku menangis.. sekelumit aku mampu berbuat apa.. airmata sudah, doa sudah.. lantasku kirimkan secupak harta milikku..
Moga dapat ditukar jadi roti atau peluru.. berguna juga melawan musuh kita..

Itu tanggung jawab kita.. kerana Allah akan tanya.. apakah yang kita lakukan bila saudara ditimpa petaka..

Saturday, August 17, 2013

Menangis, menghempas, memberontak..


Zaman ni anak-anak dah pandai minta macam-macam, tapi zaman saya kecil dulu seingat saya takde apa-apa permintaan yang melampau atau memaksa-maksa ibu bapa membeli sesuatu sampai menghentak-hentak dan menangis didalam kedai.. namun anak-anak zaman ni saya lihat ramai yang memaksa jika inginkan sesuatu..

Dulu.. kalau paksa pun tak guna sebab mak ayah mmg takde duit pun..
Kini.. anak-anak seakan tau yang mak ayah nya mampu beli benda yang diminta..

Taknak beli..taknak beli.. bisik hati..
Tapi kesian.. nanti jadi mcm zaman kanak-kanak aku..
Tak pernah mohon permainan atau dibelikan yang istimewa..
Kalau nak.. buat sendiri, pistol ceri, congkak tanah, konda kondi dan mcm2 lagi..
Anak-anak tak merasa begitu.. sebab takde ruang untuk lambak mereka bermain galah panjang..
Bimbang diculik atau ditimpa kemalangan...

-dikedai semula-

Menangis, menghempas, memberontak..
Orang keliling pandang.. muka mak bapak jadi putih..
Kita sorokkan muka dalam troli..
Ambiklah..ambiklah..
Sampai rumah main tak sampai 5 minit kemudian rosakkan..

kemudian menangis, menghempas dan memberontak lagi..
Ugut lagi, beli lagi..
Entah sampai bila..
Dah ditegah dimarah dan dinasihatkan..
Tidak.. nak ikut cakap dia juga..
Kalau tidak tiap-tiap hari dia sebut..
Kita ni jenis lembut hati.. taknak menghampakan..
Sebab kita kecil dulu penuh hampa..
Seperti tiada hati..
Tapi kita takut terosakkan hati mereka..

Toleh kanan Toleh kiri..
Anak dia tu menangis juga.. memaksa juga..
Senyum dan faham perasaan ibu bapanya.. Toleh tempat lain..
Pura-pura tak nampak..
Rupanya bukan anakku saja begini..

Jangan Halang Laluanku

Rentetan ada yang menghalau aku meniaga di Wall FB ku sendiri, katanya tidak sesuai dengan tajuk, katanya suruh aku buat page lain untuk meniaga, orang yang bijak memanfaatkan ruang yang ada, mungkin dia lupa, ini tempatku ini sebahagian hidupku, tolong jangan ganggu kerana aku ada sebab tertentu..

Menemui sahabat-sahabatku..

Tuan puan.. jangan gaduh jika ku guna wall ini..
Untuk mengiklankan barang yang ku jual..
Kerana aku tidak bernasib indah sepertimu..
Gaji besar, pangkat tinggi, kereta mewah..
Aku hanya ibu yang memiliki 11 anak dan tanpa kerja tetap..

Tuan Puan.. bukan aku taknak keluar kerja..
Telahku lepaskan jawatan tetapku..
Sebagai penjawat awam..
Untuk ku membakti diri..
Buat anak-anak yang nasibnya tidak seindah..
Aku tak punya kereta mewah, tak punya Epf socso dan tak punya insuran nyawa..
Tapi Insyallah... aku bakal miliki doa anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mengisurankan aku disana nanti..
Bila Nungkar dan Nangkir menghayun belatinya pada aku.. doa itu akan menyelamatkan aku..
Bersempit himpit dirumahku tidak mengapa..moga lapang nanti dalam kuburku..

Jadi.. biarkan aku mencari nafkah dengan caraku sendiri..

Mohon memahami.. ku cuma memanfaatkan ruang..merebut masa yang berlalu untuk membantu suami yg sendirian mencari rezeki utk belasan anak.. janganlah kau cemuh aku atau meminta aku pergi meniaga diwall lain..atau memintaku membuat page lain.. kerana disini terkumpul insan-insan yang memahamiku.. dan selalu menyokongku..

Mohon.. jalan halang laluanku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...